Pejabat Utama
a Jabatan / Agensi Negeri
a
a
a
a
a
Sejarah Wisma Darul Aman
Sejarah Pentadbiran
Bangunanan Wisma Darul Aman

Wisma Darul Aman yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan merupakan lambang mercu tanda bandar Alor Star dan nadi pentadbiran Kerajaan Negeri yang menjadi kebanggaan Kerajaan Negeri dan rakyat di Negeri Kedah Darul Aman keseluruhannya. Wisma Darul Aman merupakan sebuah bangunan pentadbiran yang serba modem dan lengkap dengan pelbagai kemudahan automasi pejabat serta ruang yang mencukupi dan memberi keselesaan.

Ia terdiri daripada dua bahagian penting iaitu Kompleks Undangan Negeri dan Bangunan Pentadbiran Kerajaan negeri. bangunan ini menjadi sumber inspirasi untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Denga kemudahan yang disediakan, perkhidmatan Kerajaan Negeri akan lebih cekap dan berkesan selaras dengan hasrat dan cita-cita Kerajaan Persekutuan. Kompleks Dewan Undangan Negeri ini terletak 1 km dari pusat Bandar Alor Star bersempadan di antara Jalan Tunku Bendahara, Jalan Sultanah dan Lebuhraya Darul Aman.


Ianya merangkumi sebuah kawasan seluas 18 ekar dan dikelilingi kawasan lapang dan berhampiran dengan padang golf, Tugu Peringatan Negeri dan Kelab Kedah Darul Aman Di Raja. Rekabentuk Kompleks Dewan Undangan Negeri ini merangkumi empat (4) blok pejabat berangkai dan mempunyai ketinggian di antara tiga dan empat tingkat.
Bentuk bangunan tersebut direka berasaskan kepada cirri-ciri senibina tradisional yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman dan diubahsuai mengikut keperluan teperinci pajabat serta ruang-ruang yang ditempatkan di dalamnya.Bahan-bahan pembinaan tempatan seperti kayu-kayan Malaysia serta marmar digunakan di dalam pembinaan serta hiasan dalaman. Ianya menjadi sebuah mercu tanda di Bandar Alor Star dan menjadi nadi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Daru.l Aman.

 


copyright ©ptmk 2008 | PTMK@KEDAH.GOV.MY | TEL:04-7744535/7744536| FAX:04-7744539